Pembentukan geologi Antillen Kecil

Antillen Kecil lebih kurang bertepatan dengan tebing luar Plat Caribbean. Sebilangan besar pulau terbentuk akibat pembenaman kerak lautan dari Plat Atlantik di bawah Plat Caribbean di zon subduksi Antillen Kecil. Proses ini berterusan dan membawa kepada bukan sahaja pembentukan banyak pulau, tetapi juga aktiviti gunung berapi dan gempa bumi di kawasan ini. Pulau-pulau di sepanjang pantai Amerika Selatan lazimnya merupakan hasil interaksi Plat Amerika Selatan dan Plat Caribbean yang lazimnya ialah jenis jurus-gelincir, tetapi merangkumi komponen pemampatan.

Secara geologi, lengkok pulau Antillen Kecil membentang dari Grenada di selatan hingga Anguilla di utara. Kepulauan Virgin dan Pulau Sombrero secara geologi merupakan sebahagian dari Antillen Besar, sementara Trinidad adalah sebahagian dari Amerika Selatan dan Tobago adalah baki lengkok pulau yang terpisah. Antillen Leeward juga merupakan lengkok pulau yang terpisah, yang menghampiri Amerika Selatan.

Rujukan

WikiPedia: Antillen Kecil http://www.bartleby.com/69/ http://www.bartleby.com/69/91/W02191.html http://www.deepseadrilling.org/78a/volume/dsdp78a_... http://www.pca-cpa.org/upload/files/Final%20Award.... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=A... http://countrystudies.us/caribbean-islands/56.htm https://www.britannica.com/place/Windward-Islands https://web.archive.org/web/20060816091503/http://... https://web.archive.org/web/20060820110540/http://... https://web.archive.org/web/20081217201712/http://...